Fattah Amin Tegaskan Tiada Wanita Lain, Masih Sayangkan Fazura
Pelakon Fattah Amin menegaskan tiada wanita lain dalam hidupnya seperti yang didakwa dan hangat diperkatakan di media sosial sehingga isterinya, Fazura memfailkan perceraian.
Memetik Harian Metro, Fattah berkata dia terkejut dan hanya mengetahui isterinya itu memfailkan perceraian melalui media sosial. Kata Fattah lagi, dia masih lagi sayangkan isterinya itu.
BACA: Fazura Fail Cerai Sehari Sebelum Ulang Tahun Kelahiran Fattah Amin?
“Sejujurnya, saya hanya mengetahui mengenai permohonan perceraian yang difailkan terhadap saya melalui media sosial, terutamanya selepas ia ditularkan.
“Saya berasa amat terkejut dan sedih dengan perkhabaran berita ini. Malah, tanpa sebarang rasa ragu-ragu, saya masih menyayangi Faz (panggilan Fazura),” katanya.
Sementara itu, Fattah turut berharap orang ramai dapat mendoakan yang terbaik dan isu rumah tangganya itu dapat diselesaikan dengan baik secara tenang.
“Walau apa pun yang terjadi, saya dengan rendah diri memohon doa yang baik-baik dan sokongan daripada kalian semua tidak kira yang pernah mengenali mahupun yang tidak mengenali kami secara peribadi.
“Moga segala urusan kami berdua dipermudahkan dan diselesaikan dengan baik serta penuh ketenangan.
“Saya juga berharap agar tiada campur tangan daripada pihak lain yang boleh mengeruhkan lagi situasi ini. Terima kasih atas segala perhatian dan doa kalian,” katanya.
SUMBER: Harian Metro
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source