Shamsul Ghau Ghau Titip Nasihat Buat Fattah Amin
Pelakon dan pengacara Shamsul Ghau Ghau menitipkan pesanan buat Fattah Amin susulan konflik rumah tangga melanda pelakon itu agar terus kuat.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Shamsul berkata dalam setiap rumah tangga pasti berdepan ujian dan sebagai ketua keluarga perlu bijak dalam mengendalinya.
BACA: Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin
“Hidup berumah tangga juga ujian. Tak semua manis, tak semua pahit. Bahtera rumah tangga kadang-kadang kena taufan. Nakhoda kena pandai kawal angin dan taufan. Terus kuat Fattah,” tulisnya.
Dalam pada itu, Shamsul turut mengingatkan bahawa hidup di dunia ini hanyalah tempat ujian dan akhirat adalah tempat berehat untuk selama-lamanya.
“Allah dah beritahu, jangan kata kamu beriman sebelum kamu diuji. Hidup ini tempat ujian. Akhirat tempat untuk berehat selama-lamanya,” tulisnya.
Jumaat lalu, Fazura dilapor memfailkan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Petaling. Bagaimanapun, butiran lanjut mengenai perkara ini masih belum didedahkan.
Sumber yang mengesahkan perkara bagaimanapun tidak mendedahkan butiran terperinci mengenainya dan punca pernceraian tidak didedahkan.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source