Empat sekeluarga, pemancing nyaris lemas dihanyut ombak
ALOR GAJAH – Kegembiraan sebuah keluarga bercuti di Pantai Pengkalan Balak dekat sini tidak berpanjangan apabila empat daripadanya serta seorang pemancing nyaris lemas akibat dihanyut ombak kuat, tengah hari tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, tiga mangsa sekeluarga berusia 15 tahun dan seorang 31 tahun, manakala pemancing berusia 26 tahun terselamat hasil tindakan pantas pasukan bomba.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, Balai Polis Masjid Tanah menerima maklumat berhubung kejadian pada pukul 1.20 petang dan tiga anggota bergegas ke lokasi kejadian.
“Kita mendapat maklumat terdapat dua mangsa lelaki dan dua perempuan yang merupakan saudara-mara hampir lemas di pukul ombak.
“Seorang lelaki yang sedang memancing di lokasi kemudian mendengar jeritan mangsa meminta tolong dan cuba menyelamatkan mereka tetapi dia juga hampir lemas dibawa ombak,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Tambahnya, tindakan pantas pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Masjid Tanah yang tiba di lokasi berjaya menyelamatkan kesemua mangsa.
“Empat mangsa yang lemas datang bersama 10 ahli keluarga yang lain, namun mereka telah naik ke pesisir pantai. Difahamkan keluarga ini datang bercuti dari Selangor dan menetap di rumah inap desa di Pengkalan Balak,” ujarnya.
Katanya lagi, kesemua mangsa dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk rawatan lanjut. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source