Wanna Ali Tak Tahu Apa-Apa, Kongsi Gambar Dengan Fattah Hanya Promosi Drama
Dikatakan tidak sensitif sehingga dikecam teruk apabila memuat naik gambar bersama Fattah Amin, pelakon Wanna Ali berkata hantaran tersebut sudah dijadualkan lebih awal.
Memetik Utusan Online, Wanna berkata dia hanya melakukan tanggungjawab sebagai pelakon bagi mempromosikan drama Lelaki Melayu Terakhir yang berbaki lagi dua episod.
BACA: Kongsi Gambar Dengan Fattah Amin, Wanna Ali Dikecam Tak Sensitif
“Saya memang tiada niat apa-apa. Hantaran itu sudah dijadualkan malam tadi sebagai pelan promosi untuk episode akan datang. Saya sendiri tidak tahu apa-apa yang berlaku.
“Bila kecaman menderu masuk di ruangan komen, barulah saya tahu oh ada isu sensasi sedang berlaku antara Fattah dan Fazura. Tetapi memang saya tidak tahu apa-apa pun.
“Drama itu berbaki dua episod lagi dan malam tadi, kebetulan babak kahwin. Jadi saya muat naik untuk promosi sahaja. Itu kerja saya kan,” katanya.
Sementara itu, ditanya bagaimana keadaan Fattah ketika penggambaran drama berkenaan, Wanna berkata dia tidak masuk campur hal peribadi dan perbualan mereka juga berkisar tentang Fazura.
“Saya pernah berlakon dengan Fattah dan juga Fazura. Malah perbualan saya dan Fattah mesti berkisarkan Fazura. Lagipun saya dan Fattah tidak bercakap sangat. Kami hanya berlakon sama. Hal peribadi memang saya tak masuk campur pun,” katanya.
SUMBER: Utusan Online
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source