Syasya Mudah Rasa Sunyi Sejak Hamil, Boleh Menangis Hanya Sebab Hal Kecil
Kini sedang hamil anak sulung, Syasya Rizal berkata dia berdepan dengan perubahan emosi sehingga dia merasa sunyi meskpun ada orang berada disisinya.
Berkongsikan perkara itu di TikTok, Syasya berkata sejak hamil emosinya juga berubah sehingga perkara kecil boleh membuatkan dirinya menangis.
BACA: “Semakin Besar Perut Syasya, Tak Boleh Sorok Lagi”
@syasya.rzl Patut la orang invest on a good mic for video like this, cus yall the pakcik decided to pontong rumput when Im talking ??
“Satu perkara yang orang mungkin tak tahu, ketika hamil senang rasa sunyi. Ada je orang sekeliling yang sokong dan teman tapi diri sendiri saja akan lalui. Sangat penting untuk ada ‘support system’.
“Kadang kala akan rasa sangat beremosi ketika hamil. Perkara kecil pun boleh buat menangis. Entahlah, pelik juga,” katanya.
Perkongsian Syasya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang berpendapat ianya adalah perubahan hormon bagi wanita hamil serta ada yang berkongsikan pengalaman mereka.
Untuk rekod, Syasya mendirikan rumah tangga dengan Nasrullah Mohd Sapie pada 20 April lalu dan kini sedang hamil anak pertama.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source