480 tan pasir, tanah dirampas dalam operasi di Pantai Barat Selangor
SHAH ALAM: Sebanyak 480 tan metrik pasir dan tanah bernilai RM1 juta daripada lapan lori dikenal pasti tidak mempunyai permit atau dokumen sah dirampas menerusi Operasi (Op) Bersepadu Khazanah (OBK) di Pantai Barat Selangor bermula kelmarin.
Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) Datuk Dr. Yusri Zakariah berkata, sepanjang operasi tersebut juga menahan lapan pemandu lori tempatan yang berusia 24 hingga 55 tahun.
Menurutnya, operasi dijalankan Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS) dan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 Pelabuhan Klang bagi mengekang ketirisan hasil bumi Selangor.
“Operasi itu dijalankan di darat dan laut yang meliputi kawasan pesisir pantai Selangor sepanjang 291 kilometer dan darat di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang.
“Kita anggap operasi berjaya dengan penahanan lori-lori tersebut dengan dua dari Nilai, Negeri Sembilan,” katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi PPM Pelabuhan Klang hari ini.
Jelasnya, secara purata setiap lori tersebut membawa 60 tan pasir atau tanah dipercayai adalah untuk dihantar bagi tujuan projek-projek tambakan pasir atau premis alat perkakasan dengan harganya per tan adalah RM35.
“Kita akan melakukan siasatan lanjut terhadap pemandu tersebut dari segi operasi dan modus operandi mereka sebelum memanggil pemilik syarikat.
“Selepas ini, kita akan melakukan operasi penyamaran ekoran banyak aduan diterima libatkan kapal korek, namun dalam operasi kali ini didapati semuanya tiada tanah atau pasir dalam jentera terbabit,” jelasnya..
Dalam perkembangan berlainan, Yusri memaklumkan pihaknya akan mencadangkan kepada kerajaan negeri dalam meletakkan Unit Marin dalam PTGS.
“Semua itu bagi memudahkan operasi dan pemantauan. Namun ia memerlukan kos yang besar disebabkan perlukan jeti untuk labuhkan kapal yang ditahan dan disita.
“Perkara berkaitan tersebut akan dibawa pada tahun depan agar mendapat peruntukan sewajarnya,” ujarnya. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source