Anwar seru rakyat imbang waktu bekerja, bersenam
PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia supaya berusaha mengimbangi waktu kerja dan masa beraktiviti riadah serta bersenam.
Beliau dalam satu hantaran berkata, langkah itu supaya rakyat negara ini lebih sihat dan sejahtera.
“Sempena bulan Malaysia Sihat, ayuh bersama tingkatkan kesedaran kesihatan dan mesti cakna mengenai kesihatan.
“Terutama keburukan pengambilan gula secara berlebihan, termasuk makanan yang diproses dan yang mempunyai kandungan gula tambahan yang berlebihan,” katanya di sini tadi.
Dalam hantaran itu, Anwar turut berkongsi beberapa gambar ketika beliau bersenam di sekitar kawasan perumahannya.
Baru-baru ini, Anwar memaklumkan hasil Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) menunjukkan kadar pengambilan gula dalam kalangan rakyat Malaysia adalah tinggi.
Justeru itu, Anwar turut menasihatkan golongan peniaga supaya memainkan peranan aktif, dalam menggalakkan rakyat mengurangkan pengambilan gula dengan mengambil kira kesihatan pelanggan apabila menyediakan makanan dan minuman.- KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source