Bella Astillah Jaga Batas Dengan Pelakon Lelaki, Tak Pernah Mesej Luar Waktu Kerja
Pelakon Bella Astillah berkata dia meletakkan batas ketika set di penggambaran supaya tidak wujud perasaan di antara pelakon.
Memetik mStar Online, Bella tidak menafikan hubungan dengan pelakon akan jadi akrab jika bekerjasama dalam masa panjang dan perlu ada rasa hormat terhadap rakan selebriti lain.
BACA: Bella Astillah Dedah Aliff Aziz Tak Hubungi, Tanya Khabar Anak Lepas Cerai
“Sewaktu menjalani penggambaran drama ini, saya rasa seperti sudah kerap kali berlakon dengan Ezaidi dan kami sudah mula berkomunikasi seperti rakan dengan membahasakan diri ‘kau aku’.
“Saya tidak nafikan semakin lama di set penggambaran wujud bonding (ikatan) di antara kami. Jadi macam mana nak elakkan wujud perasaan, kita mulakan dengan panggilan,” katanya.
Bakal bergandingan dengan Ezaidi Aziz dalam satu drama, Bella berkata dia tiada masalah untuk bersama bersama kerana sudah rapat seperti keluarga, malah mereka profesional dan tidak pernah berhubung di luar waktu kerja.
“Apa-apa sahaja keperluan biar dibincang di tempat bekerja (lokasi penggambaran) sahaja. Di luar, kalau nak keluar berjalan-jalan bersama memang tidak pernah. Alhamdulillah.
“Kita hanya manusia biasa, jadi kita sendiri yang perlu kawal perasan itu. Selagi boleh kawal, kita kawal,” katanya.
SUMBER: mStar Online
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source