Pemandu Bezza bengang kena hon dikecam
PETALING JAYA – Tindakan seorang pemandu mencetus provokasi gara-gara tidak berpuas hati selepas dihon kenderaan lain mendapat kecaman orang ramai.
Melalui sebuah rakaman kamera papan pemuka yang tular di aplikasi X, sebuah kereta Perodua Bezza dilihat tidak bergerak walaupun lampu isyarat sudah bertukar hijau beberapa saat.
Pemilik rakaman tersebut kemudian membunyikan hon sebagai peringatan supaya pemandu kenderaan tersebut bergerak.
Bagaimanapun, pemandu Perodua Bezza tersebut seolah-olah tidak berpuas hati selepas bertindak memandu dalam keadaan berbahaya dan menghalang pemilik rakaman tersebut daripada memotong kenderaannya.
Tinjauan di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna mengecam tindakan pemandu tersebut yang dikatakan membahayakan pemandu lain dan tidak peka ketika memandu.
“Selalu jumpa pemandu dari neraka begini. Belok tak beri signal, gerak perlahan tapi duduk lorong laju, masuk lorong tak tengok kenderaan lain, leka main telefon,” kata Kuzek.
“Orang Malaysia ini, bunyi hon itu maksudnya ‘Woi, jom gaduh!’ ,” kata Firdaus.
“Payah kalau jumpa pemandu panas baran begini, baru kena hon sikit nak mengamuk,” kata Zati. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source