Marquez mula selesa raih kemenangan
MISANO, ITALI – Juara dunia MotoGP, Marc Marquez mengakui dia mungkin tidak dapat mencipta kemenangan di Grand Prix (GP) San Marino tanpa hujan yang turun pada pertengahan perlumbaan.
Selepas tiga tahun tanpa kemenangan Grand Prix, Marquez mencipta sensasi apabila dia kini telah menjulang kemenangan keduanya dalam tempoh lebih kurang seminggu biarpun memulakan aksi di petak ke sembilan di San Marino.
Pada perlumbaan tersebut, pelumba sensasi Pramac, Jorge Martin yang mendahului perlumbaan dijangka mampu mencipta kemenangan, tetapi dia tersilap membuat percaturan kerana memasuki hentian pit terlalu awal untuk menukar jentera apabila hujan mula turun.
Disebabkan itu, Marquez yang berada di kedudukan ketiga terus memecut laju dan berjaya memintas Francesco Bagnaia (Ducati) selepas melihat mempunyai peluang terhidang untuk menjuarai perlumbaan tersebut.
“Apabila hujan mula turun sedikit, ketika itu saya memutuskan untuk mengambil lebih banyak risiko. Dalam satu pusingan, saya memintas lima pelumba dan dapat memimpin perlumbaan.
“Saya juga mengikut pelumba tempatan (Bagnaia) di sini kerana mereka lebih tahu daripada saya mengenai keadaan cuaca di litar ini, jadi saya tidak masuk ke pit untuk menukar jentera,” kata Marquez.
Martin mengakui tersilap mengatur percaturan apabila masuk ke pit tanpa melakukan perbincangan dengan pasukannya hingga dia sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-15. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source