Ibu Bapa Tak Pernah Desak Kahwin, Dafi Selesa Hidup Bujang
Usia sudah mencecah 36 tahun, pelakon dan penyanyi Dafi berkata ibu bapanya tidak pernah mendesak mengenai soal kahwin.
Memetik Utusan Online, Dafi berkata dia tidak pernah rasa sepi dan selesa membujang kerana sudah lama hidup sedemikian.
BACA: Dafi Akui Hilang Job Sejak Bapa Tak Lagi Jadi PM
“Sejujurnya, saya tidak pernah rasa sepi. Saya pernah dengar juga, bila seseorang itu sudah lama berpasangan, dia tiada boleh sendirian. Tapi saya terbalik, saya sudah lama menjadi bujang membuatkan saya selesa begini.
“Lagipula ibu bapa tidak pernah mendesak. Ayah buat peraturan, selagi tidak berkahwin, kami tidak boleh keluar dari rumah,”katanya.
Sementara itu, Dafi berkata dia belum berkahwin bukan kerana takut dengan komitmen serta tidak terburu-buru untuk mendirikan rumah tangga.
“Lagi pula, lumrah pasangan berkahwin tidak semuanya momen bahagia. Ada juga pengalaman kawan-kawan dan orang sekeliling menceritakan betapa tertekannya alam perkahwinan. Itu membuatkan saya tidak terburu-buru. Jika mahu kata saya takut kepada komitmen pun, tidak juga,”katanya.
Dalam pada itu, berkongsi mengenai kerjaya seninya, Dafi berkata ada yang takut untuk menawarkan peluang pekerjaan kepadanya namun mungkin ada yang bimbang jika dirinya akan meminta bayaran tinggi.
“Orang tidak pandang saya serius, ada juga yang tidak mahu tawarkan kerja kerana bayaran dan juga rasa saya tidak perlukan peluang pekerjaan itu. Saya tidak nampak relevannya kenyataan itu.
“Secara peribadi, saya sedaya upaya akan cuba berdikari. Saya tidak pernah putus asa, cuma pernah berada di fasa tidak mahu terlalu berharap,” katanya.
SUMBER: Utusan
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source