Malaysia Techlympics 2024 Peringkat Zon Sabah Pupuk Minat Dalam Bidang Sains, Teknologi & Inovasi
KOTA KINABALU, YB Dato’ Hj. Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi semalam menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Malaysia Techlympics 2024 Peringkat Zon Sabah bertempat di Universiti Malaysia Sabah.
Penganjuran Malaysia Techlympics 2024 Peringkat Zon Sabah merupakan pelaksanaan zon kedua selepas pelaksanaan di Zon Pantai Timur pada 7 dan 8 Ogos 2024 yang lalu. Penganjuran tahun ini menyaksikan seramai hampir 800 orang peserta dari negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang berkumpul bersama-sama untuk bersaing bagi melayakkan diri ke Peringkat Akhir Kebangsaan yang akan diadakan pada bulan November 2024 di Putrajaya.
Dalam ucapan perasmiannya, YB Dato’ Haji Mohammad Yusof Apdal menyatakan penganjuran Malaysia Techlympics diteruskan pada tahun ini sebagai satu inisiatif konsisten Kementerian untuk membudayakan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dalam kehidupan rakyat Malaysia khususnya di kalangan murid, pelajar serta belia.
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) amat komited dalam pelaksanaan inisiatif-inisiatif untuk memupuk minat para pelajar dan belia terhadap STI menerusi program Malaysia Techlympics membudayakan STI melalui program-program pembudayaan STI di luar bilik darjah yang berterusan kepada golongan sasaran yang terlibat khususnya kanak-kanak dan pelajar di peringkat bangku sekolah dalam memperkasakan agenda STEM Negara.
Penganjuran Malaysia Techlympics 2024 telah dilaksanakan bermula bulan Julai hingga November tahun ini di seluruh negara melalui penganjuran secara fizikal dan dalam talian bagi meningkatkan penyertaan dan capaian masyarakat setempat. Malaysia Techlympics seterusnya akan dilaksanakan di Peringkat Zon Utara, Zon Tengah, Zon Selatan dan Zon Sarawak.
Antara yang hadir ialah Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), YBrs. Puan Ruziah Shafei; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaysia Sabah (UMS), YBrs. Prof. Madya Dr. Raman B. Noordin; Timbalan Setiausaha Tetap II Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI), YBrs. Tuan Syahrin Samsir; serta Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Inovasi Malaysia (YIM), YBrs. Dr. Sharmila Mohamed Salleh.
Untuk maklumat lanjut mengenai Malaysia Techlympics, sila layari laman web rasmi www.mytechlympics.com
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source