Shuhada Kini Bahagia Menetap Di Australia, Sambung Pengajian
Bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada mengakui kehidupannya semakin baik dan kini menetap di Australia bersama anak-anaknya.
Menerusi siaran langsung di TikTok, Shuhada berkata sebelum ini dia pernah mempertikaikan nasib dirinya apabila berdepan ujian rumah tangga namun dia tetap bersangka baik dengan Allah.
BACA: Shuhada Menjerit Satu Rumah, Teruja ‘Crush’ Follow Di TikTok
“Dulu saya memang terfikir mengapa Allah berikan saya ujian sebegini, apa salah saya. Tetapi saya bersangka baik dengan Allah dan Dia gantikan saya dengan benda lebih baik.
“Jika dulu hidup bagaimana, tetapi sekarang ini Allah memberikan kepada saya kualiti hidup yang lebih baik.
“Allah izinkan saya untuk bersama dengan kedua-dua anak dan menetap di sini (Australia). Saya bukan hendak berlagak, tetapi saya hendak kalian semua percaya Allah tidak akan membebankan kita dengan perkara yang kita tidak mampu,” katanya.
Sementara itu, Shuhada berkata kehidupan lebih baik bukan bermaksud dia ada menjalin hubungan dengan seseorang tetapi kehidupannya kini lebih baik berbanding sebelum ini.
“Setiap daripada kita mempunyai ujian hidup masing-masing. Saya juga bukan orang baik dan tidak lari daripada berbuat dosa, tetapi paling utama perlu meletakkan Allah sebagai nombor satu, insya-Allah,” katanya.
Sebelum ini, Shuhada memaklumkan dia bersama dua anaknya sudah berhijrah ke Australia dan difahamkan menetap di Melbourne bagi menyambung pengajian di sebuah institut pendidikan.
SUMBER: Kosmo
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source