Dr Asyraf Wajdi Terjah ‘DM’ MRSM Taiping, Netizen Bengang Kontraktor Bongkak – “Punyalah Berlagak, Dia Tau Tak Yang Cakap Tu Pengerusi MARA?”
Tular rakaman memaparkan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkomunikasi dengan kontraktor dewan makan MRSM Taiping yang telah mengabaikan kebersihan dapur.
Difahamkan, beliau turun padang untuk menyemak penyediaan makanan selepas menerima aduan daripada ibu bapa pelajar mengenai kes keracunan makanan melibatkan 31 orang pelajar MRSM Taiping pada 30 Ogos.
Beliau mendapati beberapa perkara tidak mengikut piawaian ditetapkan oleh MARA antaranya pekerja tidak mencukupi, tidak mengikut menu harian yang ditetapkan serta keadaan kebersihan dapur yang berada di tahap yang tidak memuaskan.
Rupa-rupanya ini bukan kes pertama yang berlaku, ketika berjumpa dengan pelajar-pelajar yang menjadi mangsa keracunan makanan ini, mereka memaklumkan bahawa tahun lepas juga seramai 50 orang terkesan dengan isu keracunan makanan ini pada Oktober lepas.
Tambah Dr Asyraf, beliau turut menerima gambar-gambar ulat dalam nasi, sayur dan serangga di dalam makanan yang dihidangkan kepada para pelajar di sana.
Apa yang lebih meraih perhatian dan menimbulkan rasa tidak puas hati netizen adalah cara kontraktor tersebut yang begitu bongkak dan tidak mahu mengaku bersalah atau pun memohon maaf.
Susulan itu Dr Asyraf berkata beliau akan mengambil tindakan tegas iaitu memberhentikan kontrak dan tindakan mahkamah kepada kontraktor tersebut.
Yang call bukan level Pengurus Asrama,
Tapi Pengerusi MARA.Tapi kontraktor tu punya berlagak,
Sikit pun dia xminta maaf walaupun sah2 dorg salah.Biadap pula tu.
Please name and shame syarikat tu supaya xde org ambik dah.Food Poisoning ni boleh bawa maut kot. https://t.co/1yayqToDqp
— 🌹 (@Jas_zedz) September 5, 2024
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source