‘Belanja harian kami ihsan keluarga, jiran’
HULU TERENGGANU – Seorang jurudawai elektrik terpaksa menghabiskan masa di atas katil selepas dihempap sebatang pokok di Kampung Kemat di sini, sejak tiga bulan lalu.
Muhammad Itmam Zawahir, 34, berkata, sewaktu kejadian, dia sedang menebang sebatang pokok untuk dijadikan turus pagar kebun neneknya.
“Kejadian berlaku sekelip mata. Saya cuba menyelamatkan diri dengan berlari menuruni tebing bukit sebaik menyedari pokok yang sedang dibelah itu tiba-tiba terbalik lalu bergolek ke arah saya.
“Namun, saya tidak bernasib baik apabila terjatuh sewaktu sedang berlari sehingga menyebabkan badan digilis batang pokok tersebut,” katanya baru-baru ini.
Menurutnya, dia yang tidak mampu bangun selepas kejadian dibantu seorang rakan sebelum dikejarkan ke Hospital Hulu Terengganu.
“Pemeriksaan doktor mengesahkan kedua-dua tulang pinggul patah selain sebelah kiri tercabut sehingga terpaksa menjalani pembedahan dan ditahan dua minggu di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu,” ujarnya.
Ceritanya, dia kini bergantung sepenuhnya kepada isterinya, Siti Nur Fatin Mazlan, 33, termasuk memakai lampin pakai buang.
“Saya hanya minum susu khas sepanjang tempoh pemulihan ini. Kami kini tiada pendapatan langsung dan keperluan harian termasuk untuk anak berusia enam dan 10 tahun semuanya atas ihsan ahli keluarga dan penduduk kampung,” ujarnya.
Siti Nur Fatin berkata, kos perubatan suaminya mencecah RM1,500 sebulan selain lelaki itu perlu menjalani rawatan fisioterapi di Hospital Hulu Terengganu dan HSNZ.
Orang ramai yang bersimpati boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Siti Nur Fatin Mazlan bernombor 1150041100093332 (Bank Simpanan Nasional) atau menghubunginya di talian 0196449515.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source