Penampilan segak Jojo berbaju Melayu ‘pukau’ gelanggang
KUALA LUMPUR – Jaguh muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar mencuri tumpuan ramai apabila tampil segak memperagakan baju Melayu berwarna hijau lengkap bersampin ketika sesi temu bual menjelang pertarungan ONE 168: Denver di Amerika Syarikat (AS) hari ini.
Penampilan dengan memakain pakaian tradisional kebangsaan sememangnya menjadi tarikan utama sehingga mendapat pujian netizen di laman social yang tidak henti-henti memberikan kata-kata sokongan dan motivasi kepada bintang negara itu,
Johan yang lebih mesra disapa Jojo, akan turun membuat perhitungan dengan jaguh Mexico, Josue Cruz di gelanggang Ball Arena, Denver, Colorado yang dijadualkan berlangsung awal pagi Sabtu ini.
“Mewakili Malaysia dengan baju Melayu ini untuk siding media hari ini. Insya-Allah semuanya berjalan lancar,” kata Jojo menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya.
Sebagai rekod, atlet berusia 18 tahun itu pernah mencipta sensasi apabila atlet tempur termuda memperoleh kontrak bernilai AS$100,000 (RM463,300) dengan ONE Championship pada Oktober tahun lalu.
Dengan rekod kemenangan 5-0 termasuk empat menerusi kiraan knockout (KO) sepanjang saingan musim lalu, Jojo turut diangkat sebagai Bintang Muda Paling Menyerlah 2023 oleh ONE Championship.
Bagaimanapun, Jojo tidak dapat meneruskan kecemerlangan itu apabila tewas kepada jaguh Vietnam berusia 35 tahun, Nguyen Tran Duy Nhat di Impact Arena, Bangkok, Thailand pada Jun lalu.
Justeru, pertarungan menentang Crus dalam kategori flyweight muay thai itu akan menjadi aksi kompetitif pertama buat Jojo dalam tempoh tiga bulan sejak Jun lalu. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source