Ira Kazar Sah Cerai, Netizen Anggap Sebagai Kifarah
Rumah tangga hanya bertahan selama 20 bulan, pengarah terkenal Syamsul Yusof dan Ira Kazar akhirnya sah bercerai talak satu hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor.
Menerusi temu bual bersama Media Hiburan, Ira memilih untuk tidak mengulas mengenai perceraiannya itu dan hanya meluahkan rasa syukur semuanya sudah selesai.
BACA: “Mengalir Air Mata Melihat Anakku Mengharungi Takdir Hidup Seorang Diri” – Datin Patimah
Sementara itu, Ira hanya mengangguk serta memojon maaf apabila ditanya sama ada tidak mahu memberikan sebarang komen.
“Tiada apa. Alhamdulillah, selesai. Minta maaf ya. Terima kasih,” katanya.
Turut menjadi perhatian, video yang dimuat naik di Facebook Media Hiburan itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut kesihan dan bersimpati dengan Ira.
Bagaimanapun, ada segelintir menganggap ianya kifarah buat Ira kerana sebelum ini didakwa menghancurkan rumah tangga orang.
Dalam pada itu, ramai yang berharap agar Ira tabah dengan ujian berkenaan dan akan mendapat jodoh yang lebih membahagiakan selepas ini.
SUMBER: Media Hiburan
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source