Insiden tanah jerlus kes terpencil, KL kekal selamat – KPKT
JOHOR BAHRU – Insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, baru-baru ini merupakan kes terpencil dan tidak seharusnya dijadikan sebagai indikator bahawa ibu negara tidak lagi selamat untuk dihuni.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming sebaliknya berkata, Kuala Lumpur dan juga bandar raya utama lain di negara ini kekal selamat untuk dikunjungi dan didiami.
“Semua negeri di Malaysia ada melakukan pemetaan utiliti dan kajian struktur tanah di ibu negara. Bukan sahaja Kuala Lumpur tetapi juga di Johor, Perak dan lain-lain. Kesemua kerja pemetaan ini memang dijalankan sepanjang masa secara berfasa.
“Jangan kerana ‘isolated case’ (insiden tanah jerlus) seolah-olah negara kita tidak selamat didiami, itu tidak betul,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci dan Pelancaran Bomba Komuniti Residensi Pelangi Indah, di sini hari ini.
Tambah Kor Ming, pelaksanaan pemetaan utiliti dan kajian struktur tanah di ibu negara turut dibuat melibatkan kediaman bertingkat atau strata.
“Bangunan yang bertingkat, strata sebelum mendapat kebenaran merancang, dia mesti mendapat ‘geo science and technical report’, ini adalah keperluan buat pembinaan satu-satunya pembangunan hartanah.
“Apabila pakar dah sahkan selamat, baru boleh bagi perintah pembangunan. Struktur bangunan kita memang selamat kerana kita mempunyai standard yang tinggi,” jelasnya lanjut.
Dalam insiden pada 23 Ogos lalu, seorang pelancong dari India, G. Vijaya Lakshmi, 48, hilang selepas terjatuh akibat kejadian tanah jerlus ketika berjalan kaki di lokasi terbabit. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source