Sanusi beritahu Mohd. Puad, SG4 akan jadi SG8
PADANG TERAP: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yakin kerjasama empat negeri di bawah inisiatif Empat Kerajaan Negeri (SG4) akan melebar sayap ke empat buah negeri lagi.
Beliau berkata, usaha sama itu tidak mustahil boleh dilakukan di Pahang, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan sekiranya Perikatan Nasional (PN) menguasai empat negeri itu selepas ini.
“(Ahli Majlis Tertinggi UMNO) Dr. Mohd. Puad Zarkashi tanya kalau negeri PN ini bertukar, saya nak habaq di Kedah, Barisan Nasional (BN) tak ada langsung (kerusi), di Perlis BN tak ada, di Kelantan BN ada dua tapi di Terengganu pun BN tak ada jadi nak tukar dengan apa.
“Saya nak habaq kat dia selepas ini PN akan pergi ke Pahang, Perak, Melaka serta Negeri Sembilan dan selepas ini akan jadi SG8,” katanya pada sidang akhbar Majlis Penyerahan Geran Tanah di sini, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Mohd. Puad yang mempersoalkan nasib bakal dihadapi syarikat ditubuhkan oleh empat negeri dikuasai PN, SG4 Group Sdn. Bhd. jika ada antaranya yang tumbang dalam pilihan raya.
Mohd. Puad berkata, perkara itu tidak mustahil berlaku dan beliau menjangkakan keadaan itu akan mencetus masalah berangkai seperti aspek pekerja, aset, saham dan lembaga pengarahnya.
Muhammad Sanusi berkata, SG4 akan diteruskan mengikut agenda yang telah disusun iaitu sebagai platform perundingan, perbincangan, usahasama serta kerjasama berdasarkan jadual kesembilan Perlembagaan Persekutuan.
“Itulah SG4, bukannya menubuhkan negara satu lagi, kita runding jadikan SG4 sebagai platform melibatkan kerjasama negeri-negeri yang ada ruang untuk kerjasama di bawah senarai negeri seperti tanah, air, mineral dan galian,” katanya.
Kelmarin, empat negeri dikuasai PN menubuhkan syarikat SG4 bagi membolehkan Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu berkongsi kekayaan secara saksama.
Ketua Panel Penasihat SG4, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, setiap negeri akan mempunyai 25 peratus pegangan dalam syarikat tersebut di mana segala hasil kekayaaan akan diagihkan sama rata. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source