Lepas Jumpa PM New Zealand, Khairul Aming Terus Kejar Flight Bawa 100 Staf Bercuti
Semalam, perkongsian pempengaruh media sosial terkenal, Khairul Aming menjadi perhatian apabila berpeluang untuk bertemu dengan Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon sempena lawatannya ke negara ini.
Menerusi perkongsian di Instagram, Khairul Aming berkata pertemuan dengan perdana menteri itu sebagai tanda penghargaan daripada pihak New Zealand untuk video percutian sambil memasak yang dihasilkannya baru-baru ini.
BACA: Khairul Aming Terima Ratusan Resume Wanita Setiap Hari Nak Jadi Isteri
Pada pertemuan itu, Khairul turut mengadakan perbincangan mengenai pertukaran pelancongan antara Malaysia dan New Zealand.
Malah, pada pertemuan itu, Khairul Aming turut menyediakan sarapan pagi buat Luxon iaitu roti jala, nasi lemak dan teh tarik serta pelbagai kuih tradisional.
Sementara itu, menerusi perkongsian di Insta Story, Khairul Aming memaklumkan sebaik saja perjumpaan dengan Perdana Menteri New Zealand, dia terus berlari kejar flight untuk membawa 100 staf dari kilang Sambal Nyet untuk bercuti.
Dalam entri itu, Khairul Aming turut berterima kasih kepada semua yang memberikan ucapan kepadanya diatas pertemuan bersama Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon.
Khairul Aming turut memaklumkan tiada jualan sambal ataupun Dendeng Nyet pada minggu ini kerana mahu memberi peluang kepada staf untuk berehat dan nikmati percutian mereka.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source