Trend fesyen ‘demure’ mendominasi TikTok
Frasa ‘very demure, very mindful’ yang kini mendominasi video di aplikasi TikTok menjadi ikutan pengguna aplikasi tersebut.
Pengguna TikTok dari Chicago, Amerika Syarikat, Jools Lebron mempopularkan frasa tersebut yang merujuk kepada tindakan melakukan sesuatu secara sopan dan tidak berlebih-lebihan.
Frasa tersebut turut diterjemah dalam konteks kandungan fesyen sebagai memberitahu cara berfesyen dengan ‘demure’.
Hakikatnya, berpakaian secara demure atau tidak berlebihan bukanlah trend baharu, kerana konsep ini berkongsi banyak persamaan dengan trend fesyen ‘old money’ sebelum ini.
Pengasas aplikasi sewaan pakaian By Rotation, Eshita Kabra-Davies berkata, dia melihat impak trend baharu tersebut terhadap carian di aplikasi yang diasaskannya itu.
“Kami melihat peningkatan jumlah carian pakaian bersifat ‘demure’ yang merujuk kepada satu trend terkini di TikTok.
“Saya melihatnya sebagai berpakaian secara elegan dan sopan, selain menggayakan warna-warna yang lembut dan tidak terlalu menonjol,” katanya.
Selain rona pakaian, trend fesyen itu juga merujuk kepada gaya yang lebih ringkas dan tidak sarat untuk gaya harian.
Sebagai contoh, blaus lengan panjang dengan potongan ringkas yang dipadankan dengan seluar rona lembut dengan rekaan minimalis.
Bagi penggayaan aksesori pula, aksesori dengan saiz yang sederhana menjadi pilihan dan digayakan bersama tas tangan rona tanah.
Tambah Kabra-Davies lagi, dia juga melihat trend baharu itu berkongsi banyak persamaan dengan satu lagi trend yang pernah tular sebelum ini iaitu ‘old money’.
“Walaupun trend ini sedang popular, namun ia bukanlah sesuatu yang baharu kerana kita pernah melihat estetika hampir serupa untuk trend ‘old money’ atau ‘quiet luxury’.
“Gayanya serupa iaitu didominasi oleh pakaian yang bersifat minimalis, sofistikated dan penggunaan warna-warna yang lembut,” katanya.
Fesyen ‘demure’ juga boleh diperoleh daripada jenama-jenama yang turut dikaitkan dengan trend fesyen old money.
Kedua-dua gaya ini banyak memberi penekanan kepada busana dengan ciri rekaan neckline baju yang tinggi dan busana berlengan panjang.
Bagi Deborah Latouche yang merupakan pengasas jenama fesyen sopan Sabirah, trend ini secara tidak langsung memberi pendedahan kepada dunia bahawa fesyen sopan seperti menutup aurat juga boleh bersifat universal.
“Trend ini juga membuktikan bahawa fesyen yang menutup aurat juga boleh nampak bergaya dan sesuai untuk semua.
“Kandungan atau trend fesyen di TikTok juga boleh menambah keyakinan seseorang untuk bergaya,” katanya.
Latouche berkata pada akhirnya, apa yang penting bukanlah pakaian yang dipakai itu, sebaliknya perasaan kita tatkala menggayakannya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source