Sukan Paralimpik Paris 2024 Terus ‘Menyala’!
Kami pasti anda dah pun tahu bahawa sekarang ini masih lagi berlangsungnya temasya terbesar dunia di Paris iaitu Sukan Paralimpik Paris 2024 yang membuka tirai pada 28 Ogos dan bakal berakhir pada 8 September 2024 ini.
Kontinjen Malaysia yang dibarisi oleh 30 atlet luar biasa ini menjalankan tanggungjawab mereka di Sukan Paralimpik Paris 2024 sejak dari mula berlangsung lagi. Kalau anda nak tahu ada 8 jenis sukan yang dipertandingkan seperti Para Olahraga, Para Berbasikal, Para Badminton, Para Memanah, Boccia, Para Renang, Powerlifting dan Tenis Berkerusi Roda. Fuh, menarik betul.
Untuk pembukaan rasmi Sukan Paralimpik Paris 2024 ini, jaguh powerlifting negara Bonnie Bunyau Gustin dipilih mengetuai kontinjen negara untuk mengibarkan Jalur Gemilang. Betul-betul bersemangat tau para atlet kita ni!
Eddy Raih Pingat Pertama Negara di Paralimpik Paris
Dan berita baik yang kita dapat apabila salah seorang atlet olahraga negara, Eddy Bernard, berjaya menerima pingat pertama temasya Sukan Paralimpik Paris.
Eddy Bernard menyumbang gangsa menerusi acara 100 meter (m) lelaki T44 (kecacatan fizikal) di Stade de France.
Atlet dari Sabah yang berlari di lorong ketiga bermula dengan baik di awal perlumbaan namun kehilangan sedikit momentum di tengah saingan sebelum berjaya melintasi garisan penamat dengan catatan 11.58 saat (s).
Lebih mengagumkan, kejayaan atlet berusia 23 tahun itu pada penampilan sulung di pentas Sukan Paralimpik turut memecahkan rekod Asia milik wakil Sri Lanka, Indika Gamage iaitu 11.75s pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Kobe, Jepun.
Hannah Yeoh Turut Kongsi Berita Gembira
Tak lupa, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh turut membuat postingan berkenaan berita baik ini untuk pengikutnya di laman Facebooknya bertarikh 1 September 2024!
Beliau turut memuji kejayaan yang diberikan atlet ini kepada negara. Satu perkara yang membanggakan!
Cheah Liek Hou Hadiahkan Emas Pertama Untuk Malaysia
Terbaharu! Jaguh badminton para negara Cheah Liek Hou menghadiahkan pingat emas pertama untuk Malaysia pada final perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) di Porte de La Chapelle Arena, sebentar tadi.
Tambah manis lagi kemenangan terhadap wakil dari Indonesia Suryo Nugroho akhirnya terbalas dendam Liek Hou selepas lawannya itu menumpaskan pemain Malaysia Muhammad Fareez Anuar di pentas separuh akhir.
Liek Hou yang juga juara dunia lapan kali dilihat tidak berhadapan masalah untuk menumpaskan Suryo yang berada di ranking kelima dunia menerusi kemenangan straight set 21-13,21-15 dalam tempoh 26 minit! Tahniah Cheah Liek Hou!
Sejarah Kejayaan Malaysia di Sukan Paralimpik
Sebagai info tambahan, anda boleh lah luangkan masa sekejap untuk ambil tahu sejarah kejayaan sukan paralimpik di negara kita ni. Malaysia telah pun mencatatkan kejayaan yang membanggakan di temasya Sukan Paralimpik sebelum ini.
Sejak pertama kali menyertai temasya ini pada tahun 1972 di Heidelberg, Jerman, atlet-atlet paralimpik Malaysia telah menunjukkan prestasi yang mengagumkan. Dengan fokus kepada sukan tertentu seperti badminton, renang, dan olahraga, Malaysia telah meraih pelbagai pingat, meletakkan negara ini di peta sukan dunia.
Pencapaian terbaik Malaysia adalah pada Sukan Paralimpik 2020 di Tokyo Japan, di mana negara ini membawa pulang 5 pingat iaitu 3 pingat emas dan 2 pingat perak. Pencapaian tersebut tidak hanya mengangkat nama negara, tetapi juga memberi semangat kepada generasi muda untuk mengejar cita-cita walau dalam keadaan yang serba mencabar!
Terus Berikan Semangat!
Semoga para atlet kita di Paris ketika ini bersemangat untuk terus memberikan ‘hadiah’ buat negara kita yang tercinta ini. Anda jangan lupa untuk terus berikan sokongan kepada mereka!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source