Da’i Fuad Tepis Dakwaan Baby Shima, Siap Tunjuk Mesej Tegur Da’i Syed
Pendakwah selebriti, Da’i Fuad menafikan dakwaan penyanyi Baby Shima yang mendakwa mereka seakan memilih kasih dalam memberi teguran terhadap agamawan.
Menerusi perkongsian di Instagram, Da’i Fuad berkata dia sudah beberapa kali menegur Da’i Syed serta menunjukkan bukti mesej perbualan bersama sahabatnya.
BACA: “Kena Puak Sendiri Pandai Pula Suruh Netizen Diam”
“Baby Shima mengkritik saya, katanya agamawan ini kalau kawan-kawan dia buat salah semuanya mendiamkan diri. Tapi kalau orang lain buat salah, mereka serang membuta tuli.
“Saya nak bagitahu bahawa umpawa isu Da’i Syed ini, isu ini dah lama dan bukan satu isu saja bahkan dah banyak sangat isu berlaku tetapi kami tidak mendiamkan diri.
“Cuma saya tak bolehlah kongsikan semua perkara yang saya tegur sewaktu berhubung dengannya supaya tidak menjadi fitnah kepada agama,” katanya.
Sementara itu, Fuad berkata dia pernah menegur mengenai gaya rambut Da’i Syed yang tidak sesuai sebagai seorang pendakwah serta video menari bersama isterinya.
“Namun, saya berikan dua beban bukti bahawa saya khususnya, tidak tidur. Dan saya tidak berkiblatkan keadaan mana kawan, mana lawan. Alhamdulillah, dia terima dan tak ada lagi video tarian baharu dari dia bersama pasangannya di media sosial,” katanya.
Dalam pada itu, Fuad menegaskan isteri dan anak Da’i Syed tidak sepatutnya dipersalahkan atas kesalahan yang dilakukan pendakwah selebriti itu.
“Saya konsisten bahawa kesalahan ini tidak harus diletakkan kepada isteri dan anaknya. Yang salah dan yang buat jenayah adalah dia (Syed).
“Saya juga seru kepada semua mangsa terus mara ke hadapan untuk suarakan hak anda dan kena ada keberanian,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source