Man. United bagai tokak lekat di kening?
PETALING JAYA – Peribahasa ‘bagai tokak lekat di kening’ yang dikongsikan Dewan Bahasa Pustaka (DBP) dipercayai ditujukan buat pasukan Manchester United selepas kalah 3-0 kepada Liverpool awal pagi tadi mencuit hati netizen.
Menerusi perkongsian DBP itu, maksud peribahasa tersebut adalah malu yang tidak dapat disembunyikan.
Carian di Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) DBP mendapati maksud perkataan tokak itu adalah penyakit kulit yang kelihatan seperti kudis, blastomycosis (saccharomycosis) hominis.
“Jangan min. Berdarah tengok peribahasa min ni,” seloroh Muhammad Nurshazni.
“Dari gua mereka datang, kepada gua mereka kembali,” perli Khairul Aime.
“Saya terluka dengan DBP. Mulai esok saya akan cakap guna bahasa Siam je,” kata Mohd. Ristaudin.
Terdahulu, Pengurus Liverpool, Arne Slot melengkapkan debut paling manis di Liga Perdana Inggeris selepas membantu pasukannya raih kemenangan 3-0 ke atas Manchester United di Old Trafford, awal pagi tadi.
Dua gol daripada pemain sayap dari Colombia, Luis Diaz dan gol ketiga daripada penyerang terbilang dari Mesir, Mohamed Salah membolehkan Slot mengekalkan rekod sempurna tiga kemenangan daripada tiga aksi pertama kendaliannya bersama pasukan Merseyside itu. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source