Lapor SKMM jika terima kandungan SMS terlarang
PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menguatkuasakan larangan terhadap pautan, permintaan maklumat peribadi dan nombor telefon untuk dihubungi dalam mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) bermula semalam.
SKMM dalam satu kenyataan memaklumkan, penguatkuasaan itu bertujuan melindungi pengguna daripada risiko menjadi mangsa penipuan menerusi SMS.
“Perkhidmatan SMS sering dieksploitasi penjenayah dengan menyamar sebagai pihak berwibawa termasuk entiti awam dan swasta bagi memperdaya orang ramai.
“SMS yang mengandungi elemen sedemikian wajar dianggap sebagai berisiko tinggi serta berpotensi besar mengandungi unsur penipuan dan orang ramai yang masih menerima mesej itu boleh mengemukakan aduan kepada SKMM,” katanya.
Jelasnya, aduan boleh dikemukakan melalui aduan.mcmc.gov.my berserta maklumat seperti nombor telefon atau kod ringkas penghantar, nombor telefon penerima dan tangkap layar mesej diterima.
“Orang ramai turut diingatkan untuk berwaspada terhadap mesej serupa yang dihantar melalui platform komunikasi lain seperi Google RCS, Apple iMessage dan aplikasi pesanan seperti WhatsApp serta Telegram,” katanya.
Menurut SKMM, mesej yang mencurigakan dan berpotensi menipu boleh dilaporkan terus kepada penyedia platform terbabit atau kepada suruhanjaya itu untuk tindakan selanjutnya. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source