Jalan Masjid India kembali ‘hidup’
KUALA LUMPUR – Orang ramai mula berkunjung ke Jalan Masjid India selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India, Vijaya Lakshmi, 48, yang terjatuh ke dalam tanah jerlus pada 23 Ogos lalu dihentikan semalam.
Tinjauan Kosmo! hari ini mendapati tiada sebarang aktiviti SAR dilakukan di tempat kejadian dan pihak berkuasa menutup kawasan tersebut dengan penghadang serta pita larangan masuk.
Kelihatan beberapa anggota Polis mengawal rapi kawasan berkenaan dan orang ramai tidak dibenarkan masuk di lokasi tersebut.
Sementara itu, rata-rata peniaga beras lega melihat kehadiran pengunjung yang kembali meriah selepas penghentian operasi SAR semalam.
Salah seorang peniaga, Rizman Yahya, 45, berkata, dia baru membuka kedainya hari ini sejak ditutup lima hari lalu apabila gerainya itu termasuk dalam kawasan yang ditutup dengan pita keselamatan.
“Saya rasa lega dapat berniaga semula dan berharap dapat menjalankan perniagaan seperti biasa kerana sejak kejadian itu sudah kerugiaan sekitar 50 hingga 60 peratus.
“Saya berharap semuanya akan kembali seperti dulu dan dapat menampung semula kerugian besar susulan kejadian itu,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.
Seorang lagi peniaga, Siti Aisha Salvador, 44, berkata, kebanyakan pengunjung ke Jalan Masjid India majoritinya pelancong dan warga asing.
“Sejak semalam orang ramai sudah mula datang ke sini dan saya dapati kebanyakan mereka adalah pelancong serta warga asing. Mungkin orang tempatan masih takut untuk berada di tempat ini.
“Walaupun tidak semeriah dulu, saya bersyukur apabila orang ramai sudah mula berkunjung ke sini,” ujarnya.
Jelas Siti Aisha, sejak hari pertama insiden tanah jerlus itu dia tidak menutup operasi kedainya meskipun tiada pelanggang yang datang dan terpaksa menanggung kerugian besar.
Dalam pada itu, seorang pengunjung dan juga pelancong dari Medan, Indonesia, Ida Idrus, 44, berkata, dia sentiasa berhati-hati dan berjaga-jaga ketika membeli-belah di Jalan Masjid India.
“Saya tahu mengenai kejadian tanah jerlus tapi saya memberanikan diri datang ke sini bersama suami dan anak-anak.
“Ini merupakan kunjungan pertama saya dan keluarga ke sini. Insya-Allah semuanya baik-baik sahaja dan kita serahkan semuanya pada Allah,” kata ibu kepada tiga orang cahaya mata itu. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source