Selepas tawan Gunung Kinabalu, dia kata hendak berehat – Abang Rosita
SEBERANG PERAI – Impian seorang pendaki, Rosita Che Ros,54, untuk menawan puncak Gunung Kinabalu di Sabah, tercapai sebelum meninggal dunia sewaktu menuruni puncak gunung terbabit kelmarin.
Abangnya, Datuk Zamri Che Ros, berkata kali terakhir beliau bertemu adiknya itu adalah seminggu sebelum arwah bersama suaminya berangkat ke Sabah.
“Saya ada nasihatkan arwah supaya berhati-hati dan jangan terlalu ‘push’ diri memandangkan masing-masing sudah berusia, namun arwah meyakinkan saya bahawa itu adalah ekspedisi terakhirnya.
“Arwah beritahu, selepas berjaya tawan Gunung Kinabalu, selepas ini dia sudah tidak mahu mendaki lagi dan hendak berehat.
“Setahu saya, arwah sihat dan tidak menghidap sebarang penyakit, jadi memang terkejut dengan pemergiannya secara tiba-tiba,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Pokok Tampang, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, beliau memaklumkan adiknya yang juga ibu kepada empat anak itu aktif dalam aktiviti mendaki sejak enam tahun lalu sejak berhenti kerja di sebuah kilang di Bayan Lepas.
Terdahulu, jenazah Rosita selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Pokok Tampang selepas solat Asar, petang tadi. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source