Penting Menghormati Kepelbagaian Agama & Menjaga Perpaduan
Kami pasti anda dah tahu isu poster yang dimuat naik baru-baru ini di Facebook Zirwah al-Idrus yang kini tular di platform media sosial kan?
Poster dialog komik yang bertujuan untuk mendidik kanak-kanak Islam itu dikatakan menyentuh sensitiviti terhadap kepercayaan dan agama lain kerana Malaysia adalah negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan agama.
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) meminta semua pihak segera menghentikan sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menyentuh sensitiviti agama dan menggugat keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia.
Timbalan Menteri Perpaduan Negara, YB Senator Saraswathy Kandasami menegaskan, bahawa sebagai sebuah negara yang berbilang kaum dan agama, adalah amat penting untuk setiap individu di Malaysia menghormati kepercayaan dan amalan agama yang berbeza.
“Merujuk kepada isu poster komik berkaitan agama Hindu yang timbul baru-baru ini, saya mengambil serius terhadap isu-isu yang menggugat keharmonian dan perpaduan masyarakat kita. Saya mohon agar semua pihak menghentikan serta-merta polemik berhubung isu-isu yang boleh mengganggu keharmonian masyarakat.
“Jangan sesekali menyentuh sensitiviti agama, kerana ia boleh membawa kepada ketegangan dan perpecahan yang tidak diingini. Kita perlu faham, hormat, dan terima kepercayaan dan amalan orang lain sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengekalkan perpaduan nasional.
“Dengan cara ini, kita dapat menunjukkan penghormatan terhadap kepercayaan orang lain serta menghargai kepentingan budaya, sejarah, dan rohani yang terkandung dalam amalan tersebut.”
Tambah beliau, Malaysia sebagai sebuah negara yang unik, terbentuk atas semangat persatuan di kalangan rakyat pelbagai latar belakang, berbilang kaum dan agama untuk hidup bersama secara harmoni.
“Sejarah negara kita telah membuktikan bahawa keamanan dan kemajuan yang dikecapi pada hari ini adalah hasil daripada semangat perpaduan, di mana pelbagai kaum dan agama bersatu padu demi mencapai keamanan dan kemajuan bersama.
“Dalam hal ini, Rukun Negara perlu dijadikan panduan utama dalam membentuk kehidupan yang harmoni di Malaysia. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara mengajar kita untuk menghormati perbezaan dan hidup bersama dalam suasana yang aman.
“Kita perlu berbangga dengan kepelbagaian yang wujud di negara tercinta ini, di mana setiap etnik dan agama diterima dan dihargai. Ini mencerminkan semangat Malaysia MADANI yang diterapkan oleh kerajaan, yang mementingkan persefahaman dan sikap hormat-menghormati antara pelbagai lapisan masyarakat.
“Oleh itu, saya menyeru semua pihak untuk terus memupuk sikap hormat-menghormati dan mengelakkan daripada membuat kenyataan yang boleh menggugat perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini. Dengan perpaduan dan rasa hormat yang tinggi, kita dapat memastikan bahawa negara ini kekal sebagai sebuah tempat yang aman dan harmoni untuk semua,” katanya dalam satu siaran media hari ini.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source