Puteri Sarah Ketawa Peminat Minta Kembali Kepada Syamsul
Pelakon Puteri Sarah berkata dia tidak akan kembali kepada bekas suaminya, Syamsul Yusof selepas menyedari ada peminat yang mencadangkan untuk berbuat demikian.
Memetik mStar Online, Puteri Sarah berkata dia lebih selesa untuk bersahabat baik dengan pengarah tersebut serta bersama-sama menjaga anak mereka.
BACA: Yusof Haslam Tak Berharap Puteri Sarah Kembali Kepada Syamsul
“Saya hanya mampu ketawa saja. Tak kot (rujuk). Cukuplah kami sekadar berkawan dan sama-sama menjaga anak. Kalau boleh Sarah memang tak nak lagi dikaitkan dengan Syamsul,” katanya.
Sementara itu, Puteri Sarah berkata dia enggan masuk campur urusan kemelut rumah tangga bekas suaminya dengan Ira Kazar.
“Saya tak nak komen tentang itu. Tak baik dan saya sebenarnya tak nak ambil tahu. Saya, keluarga dan mentua pun tahu mengenai perkara itu menerusi Instagram.
“Kami memang tak tahu apa-apa dan tak nak ambil tahu. Sebagai keluarga kita doakan yang terbaik saja untuk mereka berdua,” katanya.
Ditanya adakah dia rasa simpati dengan nasib pasangan itu, Sarah memberi reaksi terkedu dan hanya mendoakan yang terbaik buat Syamsul dan Ira.
“Saya tak tahu nak cakap macam mana. Simpati dan saya mendoakan yang terbaik buat mereka kerana perkara ini memang tidak dijangka,” katanya.
SUMBER: mStar Online
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source