‘Biarlah.. Kita hanya mati sekali, tetapi hidup setiap hari’
PETALING JAYA – Meluahkan isi hati, penyanyi Nourul Depp enggan lagi mengejar individu yang tidak mahu dirinya berada dalam hidup mereka demi mengelakkan kekecewaan.
Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab, 47, berkata, cukup tempoh dua tahun mengejar seseorang sehingga dia tidak sedar masih ramai yang memerlukannya.
“Saya terlalu fokus pada yang satu, dengan harapan dia akan kembali dan kita akan bahagia seperti dahulu.
“Saya telah berjuang sebaik mungkin, tetapi saya tidak dapat mengejar seseorang yang tidak lagi mahu saya dalam hidup mereka.
“Jadi, biarlah. Dua tahun sudah cukup. Kadang-kadang kita terlalu fokus pada satu perkara yang kita fikir perlukan perhatian sampai kita lupa masih lagi yang memerlukan kita,” katanya menerusi hantaran TikTok.
Tidak menyebut nama sesiapa atau menyingkap cerita lalu, Nourul yakin keadaan yang didepani dalam membesarkan permata hati juga pernah dirasai orang lain.
“Banyak yang mengikuti perjalanan saya, kisah sebagai seorang ibu. Saya pasti ramai di luar sana yang mengalami situasi serupa.
“Ada yang kecil, besar. Kisah saya mungkin lebih besar. Saya kongsikan video ini kerana pada saat sukar saya terlupa saya masih mempunyai tiga lagi cinta yang menanti dan memerlukan perhatian,” ujarnya.
Begitupun, pelantun lagu Aku Cinta Aku Rindu itu mengakui semua dugaan yang berlaku mempunyai hikmah pada pengakhirannya nanti.
“Saya tahu, apabila anak kita meninggalkan kita atas sebab tertentu, itu menyakitkan tetapi ingatlah, ada sebab di sebaliknya,” katanya.
Nourul juga tidak ketinggalan menitipkan pesanan kepada mereka yang mengalami hal sama agar jangan menyalahkan diri sendiri.
“Cari apa yang lebih penting untuk anda fokuskan terutamanya jika mereka tidak mahu kembali lagi. Bukan salah anda.
“Anda telah melakukan yang terbaik, tetapi kita juga manusia. Kita membuat kesilapan, sama seperti saya.
“Jadi, biarlah. Hidup terus berjalan. Kerana kita hanya mati sekali, tetapi kita hidup setiap hari,” ujarnya.
Sekitar tahun lalu penyanyi itu terpalit isu perang dingin dengan anak sulungnya, Ayu Nazirah, 25, tetapi selepas itu hubungan mereka tampak pulih kembali.
Ayu merupakan zuriat bersama penyanyi Ajai, namun mereka berpisah pada 2007 dan lima tahun kemudian penyanyi itu bertemu jodoh pula dengan warga Perancis, Eric Daniel Depp.
Selain Ayu, Nourul yang berhijrah ke Bali, Indonesia bersama suaminya, sejak 2021 turut mempunyai tiga lagi cahaya mata iaitu, Zachary Depp, 10, Raphael Depp, 8, dan Isabella Depp, empat tahun. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source