Tiga lelaki Cameroon proses wang palsu tumpas Tiga lelaki Cameroon proses wang palsu tumpas
KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan sindiket memproses wang palsu susulan penahanan tiga lelaki warga Cameroon dalam dua serbuan di sekitar ibu negara pada 15 Ogos lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, ketiga-tiga lelaki berusia 36 hingga 49 tahun itu dipercayai dalang sindiket membuat wang palsu.
“Siasatan awal mendedahkan sindiket ini memulakan kegiatan penghasilan wang palsu sejak Julai lalu dengan tujuan dijual kepada pembeli yang berminat.
“Dalam kedua-dua serbuan tersebut, polis merampas 4,770 keping wang kertas RM100 dan 152 keping wang kertas AS$100 yang semuanya dipercayai palsu, sembilan bungkus blok RM100 juga palsu serta tujuh unit telefon bimbit,” katanya dalam sidang akhbar di Menara KPJ di sini, hari ini.
Menurut beliau, polis turut merampas segugus kunci rumah bersama kad akses, dua beg galas, sebuah beg bimbit, tiga gulung plastik pembalut, sebotol gam, sebilah pisau pemotong kertas, sebatang pembaris, satu pita pelekat, empat keping pasport dan sebuah kereta Toyota Vios.
“Siasatan turut mendapati seorang daripada tiga yang ditahan masuk ke negara ini pada 28 Julai lepas menggunakan pas pelawat, namun dua lagi individu tidak mempunyai rekod perjalanan.
“Kesemua suspek ditahan reman sehingga hari ini dan akan disambung lagi dua minggu di bawah tahanan reman Jabatan Imigresen Malaysia mengikut Akta Imigresen 1959/63,” katanya dengan memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 489B Kanun Keseksaan. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source