Dua profesor dituduh pecah amanah RM271,000
SHAH ALAM – Dua termasuk Presiden Majlis Profesor Negara (MPN) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas tujuh pertuduhan masing-masing pecah amanah dan bersuhabat bernilai RM271,000 pada tahun 2023 dan tahun ini.
Tertuduh, Prof. Emeritus Datuk Dr. Raduan Che Rose, 64 dan Prof. Datuk Dr. Kefli Mahbol, 65, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Datuk Anita Harun.
Berdasarkan dua pertuduhan, Raduan sebagai Presiden MPN telah melakukan pecah amanah dana MPN berjumlah RM71,000 ke dalam akaun bank Kefli.
Raduan turut didakwa lima pertuduhan sebagai Pengarah MPN Global Reach Sdn. Bhd. telah melakukan jenayah sama bagi wang pendahuluan program UKMShape-MPN Global Reach Sdn. Bhd dengan nilai keseluruhan RM200,000 melalui lima cek sebuah bank juga kepada Kefli.
Kesemua perbuatan itu dilakukan di pejabat MPN di Country Height Kajang antara 14 Mac 2023 hingga 15 April tahun ini.
Justeru, dia dakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, sebat dan denda.
Kefli sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Global Reach Sdn. Bhd didakwa tujuh pertuduhan bersubahat dengan Raduan bagi jenayah pecah amanah pada tarikh dan lokasi sama.
Bapa kepada dua anak itu didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman sama,
Terdahulu pada prosiding tersebut sebaik pertuduhan dibacakan, Raduan menegaskan merasa sangat kesal dengan segala pertuduhan tersebut dengan kelulusan diberikan atas jawatan kapasitinya.
“Itu gaji halal dan titik peluh beliau (Kefli), saya mengaku tidak bersalah,” katanya.
Raduan yang kini Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) turut memaklumkan dia telah berkhidmat lebih 40 tahun dan terperanjat dengan pertuduhan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Law Chin How dan kedua-dua tertuduh diwakili Peguam Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz.
Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan RM40,000 bagi setiap tertuduh bersama seorang penjamin selain melapor diri di pejabat SPRM antara 1 hingga 7 hari bulan setiap bulan serta tidak kacau ganggu atau hubungi saksi pendakwaan.
Sebutan semula kes pada 23 Oktober depan. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source