Disuruh Tanggal Hijab, Yuna Minta Netizen Netizen Kurang Senang Untuk ‘Unfollow’ – “Ini Sangat Toksik”
Penyanyi tersohor, Yunalis Zarai tampil bersuara gara-gara disuruh menanggalkan hijab dan dikecam kerana cara pemakaiannya.
Kata Yuna, dia perlu menyatakan pendapatnya kerana masih ada manusia yang bertindak sesuka hati mengarahnya untuk melakukan perkara yang mereka minta.
Orang beritahu saya untuk abaikan komen negatif macam ni tapi saya kena bersuara kerana apa jenis masyarakat yang kita cuba jadi jika kita benarkan manusia seperti ini untuk bercakap apa yang mereka suka hanya kerana mereka rasa berhak?
Di usia 37 tahun dan berkecimpung dalam bidang muzik selama 15 sehingga kini, masyarakat saya sendiri masih ada di ruangan komen meninggalkan komen buruk, suruh saya pakai itu ini atau tanggalkan hijab awak dan menghukun saya tanpa berada di tempat saya.
Dalam pada itu, Yuna menganggap mereka-mereka itu sebagai manusia toksik dan berkata dia tidak pernah menganggu kehidupan orang lain selain berkarya untuk peminat.
Yuna juga sempat mendoakan manusia-manusia itu untuk lebih fokus kepada diri sendiri dan dilembutkan hati agar tidak menjadi toksik kepada orang lain.
Tolong ‘unfollow’ saya jika awak tak senang dengan saya, sebab saya banyak lagi muzik, promosi dan persembahan untuk dilakukan pada masa akan datang.
Dan tolong ‘unfollow’ saya kalau awak rindu Yuna yang dulu kerana awak pun tak kenal saya yang dulu. Terima kasih.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source