Ugut kahwin lain sebab isteri bersalin ‘czer’
PETALING JAYA – Bukan semua suami mampu menghargai pengorbanan seorang isteri melahirkan anak, lebih-lebih lagi selepas si ibu bertarung nyawa berjam-jam lamanya.
Lebih menyayat hati, si suami sanggup mengugut untuk berkahwin lain semata-mata kerana isterinya bersalin menggunakan kaedah pembedahan atau caesarean (czer).
Kisah tersebut diceritakan oleh seorang wanita menerusi akaun TikTok sehingga mendapat lebih 822,000 tontonan.
Beberapa tangkap layar perbualan di WhatsApp dimuat naik memaparkan suaminya memarahi si isteri dengan menyifatkan ‘sudah rosak’ kerana tidak bersalin secara normal.
Bukan itu sahaja, suaminya yang difahamkan tidak berada bersama-sama dengannya di dalam wad bersalin turut meminta isterinya untuk tidak menghubunginya lagi.
“Keluar dari bilik pembedahan, dalam keadaan bius lagi, tanya ‘nurse’ nak telefon dulu. Buka je ‘chat’ kena maki sebab ’emergency czer’?
“Hari sama juga saya pujuk dia elok-elok, semua hanya untuk dilayan macam tu. Saya juga masuk bilik pembedahan sendiri tanpa kehadiran dia. Semua ini dah berlalu namun masih sakit,” tulis wanita itu di ruangan kapsyennya.
Perkongsian wanita itu lantas menimbulkan rasa marah dalam kalangan pengguna media sosial khususnya para ibu yang menganggap lelaki tersebut tidak bertanggungjawab sebagai suami dan bapa.
“Nangis saya baca. Sepatutnya dia (suami) bersyukur tau isteri selamat. Bertarung nyawa semua, akhirnya kau boleh cakap ‘awak dah rosak’. Ya Allah,” komen Syahirah.
“Semoga awak dapat lelaki yang lebih baik. Saya ‘czer mom’, bukan benda yang kita boleh pilih. Keselamatan anak adalah nombor satu. Awak dan anak perlukan suami dan bapa lebih baik,” komen Fairyna.
“Sebelum mengandung kalau boleh pastikan suami tak macam ni, yang membuatkan tak berbaloi untuk korang mengandung, sakit beranak sampai lah nak jaga anak tu. Lelaki macam tu tak sepatutnya jadi bapa,” komen Izzy.
Dalam pada itu, ada juga beberapa wanita turut berkongsi pengalaman sama apabila ‘dibuang’ oleh suami kerana terpaksa bersalin secara czer.
“Masa aku kena tolak ’emergency czer’, aku merayu dengan ‘nurse’ nak telefon suami. Masa tu dah tak ada masa, memang anak dah nak lemas. Lepas itu sampai hati dia senang-senang cakap macam tu. Bukan kita yang pilih jalan macam ni,” komen Afidah.
“Kenapa kalau czer ja mesti mereka (para suami) anggap badan kita rosak. Pernah juga hampir macam ni, tapi dah terpaksa. Badan dah lemah sangat rasa. Tapi kena marah dengan suami sebab tak berusaha langsung katanya,” komen Anis Anuar. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source