“Kita Pun Sebagai Orang Tua Bukan Pengemis Kepada Anak Sendiri”
Pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam berkata dia tidak meletakkan harapan tinggi untuk Syamsul Yusof pulang dan menyerahkan keputusan tersebut kepada anaknya itu.
Memetik Harian Metro, Yusof juga menyifatkan tempoh lima tahun anaknya tidak pulang ke pangkuan keluarga adalah cerita lama dan tidak manis untuk diulang berkali-kali.
BACA: “Saya Tak Tahu Syamsul Fail Cerai, Dah Bertahun Tak Berhubung”
“Terserah kepada dia sajalah, cerita pun dah lama, lima tahun. Saya nak terus cakap benda ini berkali-kali pun, pada saya tidak manis untuk ulang benda sama banyak kali.
“Kita pun sebagai orang tua bukan pengemis kepada anak sendiri. Tetapi, kasih sayang kami sebagai ibu bapa kepadanya (Syamsul) tidak pernah berubah dan berbelah bahagi. Pada saya, dia tahu di mana tempat dia dan dia juga tahu di mana hendak balik,” katanya.
Sementara itu, Syamsul berkata dia juga sudah buntu untuk menasihati Syamsul dan merasakan anaknya itu sudah dewasa serta matang dalam membuat keputusan.
Terdahulu, Yusof berkata dia tidak tahu mengenai hal anaknya memfailkan cerai terhadap isterinya, Ira Kazar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.
Katanya lagi, dia enggan mengulas lanjut kerana dia tidak tahu apa-apa mengenai perkara itu dan sudah bertahun tidak berhubung dengan anaknya itu.
SUMBER: Harian Metro
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source