PSG sudah lupakan ‘ayam tambatan’
PARIS – Pasukan Paris Saint-Germain (PSG) terus membuktikan bahawa mereka sudah melupakan Kylian Mbappe apabila mudah menewaskan Montpellier 6-0 pada aksi Ligue 1 di laman sendiri awal pagi semalam.
Keputusan tersebut menyaksikan PSG berjaya memulakan kempen musim baharu dengan langkah sempurna apabila meraih kemenangan kedua berturut-turut selain meledak 10 gol dalam dua perlawanan.
Pengendali PSG, Luis Enrique mengakui sangat teruja melihat prestasi barisan pemain yang mendominasi perlawanan sejurus wisel ditiupkan sekali gus memberi gambaran pasukannya kini sudah ‘move on’ sepenuhnya sejak kehilangan Mbappe.
“Saya sangat gembira kita dapat mulakan kempen musim baharu di laman sendiri dengan langkah kanan. Ini adalah aksi yang sempurna meskipun kita mampu untuk menjaringkan 10 gol berbanding enam yang dicetak kali ini.
“Meskipun kita baru beraksi dua perlawanan, namun gambaran awal serta komitmen yang diberikan oleh barisan pemain sangat luar biasa dan ia cukup positif untuk menaikkan motivasi pasukan ketika ini,” katanya.
Sementara itu, pemain muda PSG, Bradley Barcola yang berjaya meledak dua gol mengakui semakin selesa dengan peranan baharu yang diberikan oleh Enrique untuk mengganti kekosongan yang ditinggalkan oleh Mbappe.
“Saya gembira dengan peranan bebas yang diberikan oleh jurulatih. Dia mahu kami sentiasa memberi tekanan ketika kehilangan bola bersama dan saya juga yakin dengan kualiti penyudah selepas diberi peluang bermain di posisi lebih menyerang,” katanya. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source