Pakai Cincin Hidung Bukan Sebab Sendu, Isteri Pertahan Remy Ishak
Sebelum ini, pelakon Remy Ishak berkata dia tidak kisah dikecam apabila tampil menggayakan cincin hidung atau ‘septum ring’ ketika menghadiri satu majlis baru-baru ini.
Bagaimanapun, isteri kepada pelakon itu iaitu Ezza tampil mempertahankan suaminya apabila ada yang menuduh Remy berbuat demikian kerana namanya semakin sendu.
BACA: “Pakai Cincin Hidung Sekadar Fesyen, Lantaklah Orang Nak Kecam”
Menerusi perkongsian di Insta Story, Ezza meluahkan rasa syukur rezeki mereka sekeluarga tidak pernah putus namun suaminya tidak pernah berkongsikan di media sosial.
“Alhamdulillah, Allah bagi rezeki dekat kami tak pernah putus. Susah suami saya ini nak dapat cuti. Bezanya suami saya susah nak kongsi dalam media sosial. Semoga Allah permudahkan urusan adik ya,” tulisnya.
Tidak cepat melatah dengan segala kata-kata netizen, Ezza sempat berseloroh mengatakan suaminya sudah memulangkan cincin hidung tersebut kepadanya.
Terdahulu, Remy berkata cincin hidung itu adalah palsu dan digayakan hanya untuk berfesyen. Katanya lagi, jika dia membuat gaya tersebut ketika masa muda dulu pasti akan teruk dikecam.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source