“Sebenarnya Saya Dah Tahu Lama, Kami Memang Rapat” – Aliff Syukri Kongsi Keadaan Ira Kazar, Mohon Netizen Tak Gelakkan Sahabatnya
Usahawan Datuk Seri Aliff Syukri akui sudah mengetahui tentang konflik rumah tangga pengarah Syamsul Yusof dan Ira Kazar lebih awal.
Kata usahawan berusia 37 tahun itu, dia tidak terkejut apabila membaca berita tentang isu membabitkan pasangan suami isteri berkenaan.
Akui Aliff dia mengenali Ira dengan rapat dan tahu tentang isu berkenaan namun memilih untuk tidak mencampuri urusan rumah tangga mereka.
Saya dengan Ira memang rapat, bukan atas dasar ambil kesempatan ke apa. Sebenarnya saya dah tahu cerita Ira ni dah lama cuma sebagai orang luar saya tak patut sentuh isu rumah tangganya.
Dalam pada itu, Aliff meminta orang ramai untuk tidak mencemuh dan bergelak ketawa dengan apa yang sedang berlaku kepada sahabatnya itu.
Tambahnya, tidak patut seseorang itu mentertawakan musibah atau ujian yang menimpa orang lain apatah lagi ini membabitkan perceraian.
Janganlah kita mendoakan perceraian orang lain. Bagi saya apabila kita seronok lihat kesusahan orang lain, takut nanti kita pula yang terkena jadi doakan sahaja kebahagiaan dia (Ira).
Dalam pada itu, dia turut berkongsi keadaan rakan baiknya itu ketika ini dan berkata Ira baik-baik sahaja.
Ira sekarang dalam keadaan biasa-biasa saja. Saya taknak cakap lebih-lebih nanti viral pula.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source