Kazar Sedih Rumah Tangga Ira & Syamsul Di Ambang Perceraian
Penyanyi dan pelakon, Achong Sweetchild memberitahu pelakon veteran Kazar Saisi dan sedih dengan kontroversi melanda rumah tangga anaknya, Ira Kazar.
Memetik Oh Bulan, Achong yang rapat dengan pelakon itu memberitahu, Kazar bagaimanapun reda dengan ujian Ira dan Syamsul Yusof yang kini di ambang perpisahan.
BACA: “Jangan Bersedih, Allah Tahu Apa Yang Terbaik Buat Kita”
“Saya dan isteri boleh dikatakan rapat dengan Kazar, saya memanggilnya ayah dan keluarganya juga sudah kami anggap seperti keluarga sendiri. Malah, kami juga mengenali anak-anaknya daripada kecil.
“Kalau ditanya keadaan terkini Kazar, bagi saya macam itulah dia. Tak dinafikan kami ini tempat dia mengadu dan bercerita, tetapi kami hormati dia untuk tidak menceritakan hal peribadinya kepada orang ramai.
“Apa yang boleh saya katakan, tentu sebagai seorang ayah, dia runsing dan sedih dengan apa yang terjadi. Tetapi, dia ada katakan kepada kami bahawa dia reda dengan segalanya dan tak mahu ulas secara terbuka,” katanya.
Sementara itu, Achong berkata Kazar juga sudah berpesan kepadanya untuk tidak memberikan respons kepada netizen untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan.
“Macam saya katakan, kami dah macam keluarga. Jadi jika ada orang mengutuk kekuarganya, kami juga akan terasa. Tetapi ayah pesan, jangan respons, jangan layan kata-kata orang.
“Baginya, biarlah dia yang kena, keluarganya yang kena. Saya sendiri sedih tengok dia jika dia sedang bersedih. Ada ketika, dia mengadu kepada kami, saya yang mendengarnya pun bergenang air mata. Dia pesan saya jangan bersedih dengannya. Saya pun peluk dan dan pesan jangan banyak fikir,” katanya.
SUMBER: Oh Bulan
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source