Bayi Sulung Marissa Meninggal Dunia Ketika Dilahirkan
Bayi sulung kepada pempengaruh media sosial, Marissa Dania yang juga anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim dilaporkan meninggal dunia ketika dilahirkan.
Memetik Harian Metro, sumber memberitanu Marissa yang sedang hamil enam bulan dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit perut.
BACA: Marissa & Aslam Tergesa-Gesa Pulang, Kunci Mulut Dakwaan Hamil Anak Sulung
Difahamkan pada hari kejadian Marissa dan suami, Aslam menghadiri sebuah acara pelancaran produk dan dibawa ke hospital selepas mengadu sakit perut.
“Bagaimanapun, bayi itu meninggal dunia ketika dilahirkan dalam keadaan pra matang,” katanya.
Menurut sumber lagi, bayi tersebut telah selamat dikebumikan pada keesokan harinya.
“Perkara ini diketahui oleh bapa Marissa dan orang terdekat sahaja,”kata sumber.
Sementara itu, menerusi perkongsian di Insta Story, Marissa dilihat ada memuat naik gambar makanan yang kebiasaannya disediakan untuk wanita yang sedang berpantang.
Terdahulu, Marissa hanya mengunci mulut mengenai spekulasi sedang berbadan dua dan hanya meminta mendoakan yang baik-baik.
SUMBER: Harian Metro
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source