92 mahasiswa terima bantuan YBR
BANGI – Seramai 92 mahasiswa menerima sumbangan tunai daripada Yayasan Bank Rakyat (YBR) bagi melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR, Syahredzan Johan berkata, sebanyak RM46,000 diperuntukkan YBR bagi membantu mahasiswa dalam kalangan keluarga asnaf atau golongan B40 di daerah ini.
Katanya, pemberian sumbangan itu juga bagi mengurangkan kos pelajar dalam memulakan sesi pengajian yang baru.
“Bantuan tunai yang diberikan inisiatif bagi meneruskan usaha dalam menyediakan pelajar-pelajar akses pendidikan yang berkualiti dan diharapkan memberi semangat kepada pelajar untuk meneruskan pengajian ke peringkat tertier dan seterusnya meningkatkan pembangunan modal insan negara,” katanya pada Majlis Penyerahan Bantuan Cermin Mata dan Bantuan Awal Pengajian YBR hari ini.
Turut hadir, Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani, Ketua Bahagaian Operasi YBR, Mohd. Mukhti Abd Rahman dan Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.
Sejak Januari hingga kini, seramai 407 pelajar telah menerima manfaat melalui bantuan awal pengajian YBR dengan jumlah peruntukan sebanyak RM272,100 di seluruh negara.
Pada majlis berkenaan juga, beliau turut memaklumkan seramai 186 orang murid dari golongan B40 menerima bantuan cermin mata percuma.
“Saya amat berterima kasih kepada pengurusan YBR kerana inisiatif ini dapat mengurangkan beban kewangan keluarga melalui penjagaan kesihatan mata murid,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source