109 terperangkap akibat kepala air, empangan pecah di Slim River
TANJUNG MALIM – Seramai 109 orang terperangkap dalam kejadian kepala air dan empangan pecah di Slim Village, Slim River di sini ekoran hujan lebat sejak petang tadi.
Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, maklumat kejadian itu diterima pada jam 6.45 petang yang melibatkan Kampung Sungai Bil, Sir Zulkifli Campsite Sungai Bil, Kampung Pasir Ulu Slim dan Eco Park Risda, Ulu Slim.
“Insiden kepala air berlaku di Kampung Sungai Bill disusuli tempat rawatan air di Empangan Kampung Pasir Ulu Slim pecah berhampiran Stesen Janakuasa Hidro Sungai Slim.
“Kejadian ini telah mengakibatkan tiga jambatan runtuh dan terputus laluan iaitu Jambatan Utama Slim Village, Jambatan Ulu Slim dan Jambatan Kampung Piong dekat Sungai Bil,” katanya di sini hari ini.
Katanya lagi, bencana itu menyebabkan ramai penduduk terputus hubungan yang mana setakat ini, 50 penduduk terperangkap di Kampung Sungai Bil, Sir Zulkifli Campsite (15), Kampung Pasir (25) dan Eco Park Risda (19), namun tidak melibatkan kejadian individu hilang.
“Operasi membawa keluar mangsa yang terperangkap sedang dijalankan polis bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Rela,” katanya.
Azizi memberitahu, semua mangsa akan ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Masjid Jamek Kampung Pasir yang dibuka pada jam 8.30 malam tadi.
“Operasi menyelamat disertai lebih 50 anggota dengan menggunakan bantuan bot disebabkan laluan telah runtuh. Pemantauan dilakukan mendapati terdapat sembilan rumah penduduk di Kampung Sungai Bil dinaiki air setinggi 0.5 meter disebabkan limpahan air dari sungai,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source