Khairul Aming Terima Ratusan Resume Wanita Setiap Hari Nak Jadi Isteri
Pempengaruh media sosial popular, Khairul Aming memberitahu setiap hari dia menerima menerima ratusan permohonan daripada wanita di media sosial untuk menjadi isterinya.
Memetik Kosmo, Khairul bagaimanapun berkata dia masih belum terbuka hati lagi untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat dan mahu memberi fokus dalam perniagaan.
BACA: “Daripada Khairul Aming, Saya Lebih Memilih Vivy Dapat Dana Khazanah”
“Boleh dikatakan hampir setiap hari saya menerima ratusan mesej (DM) di media sosial dan e-mel resume bertanya untuk menjadi isteri.
“Agak mengejutkan juga, tetapi itulah yang berlaku. Walaupun orang kata seperti perigi cari timba, tetapi saya sangat kagum dengan keberanian mereka untuk bertanya. Tetapi sayangnya tuan badan pula yang tidak sempat untuk memikirkan soal pasangan apatah lagi berkahwin,” katanya.
Sementara itu, Khairul Aming turut bersyukur kerana keluarganya tidak mendesak untuk segera mendirikan rumah tangga serta memahami kerjayanya.
“Alhamdulillah keluarga memahami kesibukan jadual kerja saya yang ingin menguruskan kilang, pekerja, produk dan konten.
“Walaupun sebelum ini ada keluarga bertanya, tetapi sekarang mereka serahkan semua itu kepada saya dan sudah mula kurang bertanyakan soalan bila ingin berkahwin,” katanya.
SUMBER: Kosmo
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source