Wany Hasrita Reda Jika Rumah Tangga Berdepan Ujian Curang
Penyanyi Wany Hasrita berkata dia reda sekiranya berdepan ujian kecurangan dalam rumah tangga seperti yang berlaku dalam kalangan rakan selebriti sejak kebelakangan ini.
Netizen Kongsi Kisah Cinta Terpisah Laut China Selatan, Memang Unik & Sweet!
Baru-baru ini kami ada terbaca satu ciapan dari pengguna media sosial yang ingin tahu tentang pengalaman rakyat Malaysia bertemu cinta hati mahu pun jodoh dari negeri di seberang Laut China Selatan, Sabah dan Sarawak. Kami…
Memetik Harian Metro, Wany yang sudah dua tahun menjalani kehidupan ‘pasangan jarak jauh’ atau PJJ bersama suaminya berkata masing-masing sudah dewasa dan tahu membezakan baik buruk.
BACA: Wany Hasrita Hamil 6 Bulan, Emosi Berjauhan Dengan Suami
“Saya mengamalkan konsep kalau kita jaga dia macam mana sekali pun, kalau dia nak buat, dia akan buat juga. Begitu juga kalau benda nak jadi, ia akan tetap berlaku walaupun kita sudah jaga sebaik mungkin. Kalau dia pilih untuk buat saya pun tak tahu nak cakap apa.
“Bukan saja kepada dia, tapi untuk kaum isteri pun begitu. Masing-masing sudah dewasa, ada akal untuk membezakan mana baik dan buruk.
“Namun kalau pilih untuk buat benda itu, kena terimalah. Sebagai wanita saya sendiri tak dapat lari dengan fikiran sebegitu,” katanya.
Dalam pada itu, Wany berkata dia berharap agar dijauhkan daripada ujian berkenaan namun dia sedar bahawa semuanya hanya pinjaman daripada Allah.
“Sudah tentu apabila membaca berita fasal kecurangan saya akan terdiam seketika. Tapi pada akhirnya semua ini adalah pinjaman Allah. Kalau Allah nak bolak-balikkan hati dia, Dia boleh ambil bila-bila saja.
“Namun kita perlu mendidik diri kalau nak marah macam mana sekali pun, kita kena ingat dia bukan kepunyaan kita. Jika terkena ujian sebegini dalam rumah tangga, harap kita semua kuat. Tapi apapun kena selalu berdoa agar dijauhkan daripada ujian ini,” katanya.
SUMBER: Harian Metro
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source