Yusof Haslam Tak Berharap Puteri Sarah Kembali Kepada Syamsul
Pengarah Datuk Yusof Haslam berkata dia tidak menyimpan harapan pelakon Puteri Sarah untuk kembali bersama anaknya, Syamsul Yusof.
Netizen Kongsi Kisah Cinta Terpisah Laut China Selatan, Memang Unik & Sweet!
Baru-baru ini kami ada terbaca satu ciapan dari pengguna media sosial yang ingin tahu tentang pengalaman rakyat Malaysia bertemu cinta hati mahu pun jodoh dari negeri di seberang Laut China Selatan, Sabah dan Sarawak. Kami…
Memetik mStar Online, Yusof berkata dia tidak berhak menentukan kehidupan anak-anaknya dan hanya mampu mendoakan yang terbaik.
BACA: “Jangan Ingat Kami Gembira Syamsul, Ira Bercerai “ – Yusof Haslam
“Saya tak boleh kata mahu Sarah balik ke pangkuannya atau sebaliknya. Yang menentukan kehidupan mereka adalah mereka sendiri, itu bukan urusan saya.
“Saya tak boleh berkata lebih, ini soal kita meletakkan harapan tapi yang menentukan adalah takdir Allah. Jadi saya reda saja,” katanya.
Dalam pada itu, Yusof berkata Puteri Sarah juga terkejut mendengar berita perceraian Syamsul dan menantunya itu turut berpesan untuk sentiasa doakan bekas suaminya.
“Semalam saya ada jumpa Sarah sebab dia singgah ke rumah sekejap dan ada kami bersembang. Dia pun terperanjat dan tak tahu perkara itu akan terjadi tapi Sarah berpesan pada saya untuk reda dan doa yang baik-baik buat Syamsul,” katanya.
SUMBER: mStar Online
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source