UMNO jangan lalai, tarik semula keyakinan orang Melayu
KUALA LUMPUR : UMNO perlu melipatgandakan usaha bagi memastikan orang Melayu terus yakin dan percaya terhadap parti itu.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, orang Melayu pada hari ini tidak sepenuhnya menyokong UMNO, sekali gus kepemimpinan parti itu perlu bertungkus-lumus dalam mengembalikan semula kepercayaan dan keyakinan kaum berkenaan terhadapnya.
“UMNO tidak boleh hidup dalam penafian kerana menjadi sebahagian daripada kerajaan jangan sesekali melalaikan kita. Kita tidak pun berkuasa sepenuhnya, sebaliknya kita hanya menjadi pelengkap kepada Kerajaan Perpaduan. Janganlah dek kerana kita ada perkongsian kedudukan dalam kerajaan, lalu kita lalai dalam memilih tanggungjawab kita, merawat dan memulihkan keyakinan bangsa terhadap UMNO.
“Justeru, usaha memulihkan kepercayaan ini, mesti kita giatkan,” katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung, Wanita dan Pemuda di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini, malam ini.
Kata Mohamad, untuk mengembalikan kepercayaan orang Melayu terhadap UMNO, ahli parti sendiri perlu bersatu bagi mengukuhkan kedudukannya.
“Kita mesti mengelakkan segala bentuk perseteruan dalam parti, sikap berpuak-puak mesti kita jauh dan hapuskan. Segala hasrat untuk cita-cita peribadi dalam politik juga mesti kita ketepikan.
“Perpaduan adalah apa yang UMNO mesti ketengahkan jika parti ini ingin pulih dan kembali diyakini semula,” ujarnya.
Menurut Mohamad, meskipun terdapat perbezaan pendapat dan percanggahan daripada isu berbangkit, ia perlu diuruskan dengan penuh kematangan.
“UMNO sebagai parti yang waras dan rasional perlukan suara-suara yang jujur dan ikhlas. Suara-suara yang berani dan berprinsip, bukan taklid membuta tuli tetapi perbezaan pendapat dan percanggahan idea, pertembungan pendirian, semua itu sekadar sunnah perjuangan yang harus diurus dengan kematangan dan kedewasaan.
“Ia tidak boleh mengatasi kesetiaan dan kecintaan pada parti. Apatah lagi jika dibiarkan terheret oleh emosi dan kepentingan diri,” katanya. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source