Arwah Istiqomah pesan jaga diri, jenayah banyak
PASIR MAS – Allahyarham Istiqomah Ahmad Rozi, 33, yang mayatnya ditemui dalam keadaan tragis sempat mengingatkan sepupunya untuk sentiasa menjaga diri kerana kes jenayah berleluasa ketika ini.
Sepupunya, Siti Nor Fadilah Ahmad, 38, berkata, itu merupakan pesanan terakhir daripada arwah ketika mereka berhubung melalui aplikasi WhatsApp pada Disember tahun lalu.
“Semasa kali terakhir berhubung dengan arwah, dia sempat pesan ‘Mu jaga diri molek’
“Tidak lama selepas itu, ada yang memaklumkan dalam kumpulan WhatsApp keluarga bahawa Istiqomah hilang. Berita itu sangat mengejutkan saya,” katanya ditemui pemberita di rumah keluarga Allahyarham Istiqomah di Kampung Kubang Badak, di sini malam tadi.
Siti Nor Fadilah memberitahu, dia tidak sangka arwah Istiqamoh manjadi mangsa jenayah sehingga dibunuh dengan kejam.
Menurutnya, dia sangat rapat dengan arwah kerana membesar bersama di kampung halaman.
Terdahulu, jenazah Allahyarham Istiqomah Ahmad Rozi, 33, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kubur Besar, Bandar Pasir Mas di sini kira-kira pukul 11.50 malam tadi. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source