“Saya Lakukan Ikhlas Kerana Allah”
Pelakon dan pengacara Raja Azura berkara keputusannya untuk bertudung selepas pulang daripada mengerjakan ibadah haji adalah kerana Allah.
Memetik Harian Metro, pelakon berusia 52 tahun itu berkata perubahan dilakukan atas pilihan sendiri apatah lagi usianya sudah semakin meningkat.
“Apabila sudah sampai waktu, kita berubah menjadi seorang yang lebih baik. Kita semua makin lama makin meningkat usia. Saya tidak seperti orang lain yang mendapat mimpi dibakar sebelum memilih untuk bertudung.
“Saya lakukan dengan ikhlas kerana Allah dan sedar menutup aurat ini adalah tanggungjawab dan wajib kepada diri saya,” katanya.
Sementara itu, Raja Azura berkata dia sudah puas dengan imej yang digayakan sebelum ini serta mendoakan yang baik buat mereka yang belum bertudung.
“Saya dah lalui macam-macam dalam hidup ini. Kita semua melalui proses kehidupan tidak kira baik atau buruk. Kalau ada dalam kalangan kita yang belum bertudung, jangan kita menyalahkan individu itu kerana mereka juga milik Allah.
“Setiap orang akan melalui pelbagai dugaan dalam hidup. Jika tiada ujian, tidak mungkin mereka mampu menjadi seorang yang matang.
“Jadi kita kena selalu berfikiran positif untuk orang lain. Belum tentu yang sudah bertudung itu hatinya baik, jadi perbetulkan diri sebelum nak istiqamah,” katanya.
SUMBER: Harian Metro
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source