Johan Tersentuh Hati Bila Ozlynn Kata “Mulai Saat Ini, Auratnya Hanya Untuk Saya”
Kini selesa dengan penghijrahannya dan tampil bertudung, pelakon Ozlynn Waty berkata dia sudah lama menyimpan niat untuk bertudung sejak beberapa tahun lalu.
Memetik Harian Metro, bagaimanapun Ozlynn mengakui bimbang dengan pandangan orang, namun suaminya mengingatkan agar tidak memikirkan mengenai orang lain.
BACA: “Allah Dengar Ke Apa Yang Saya Cakap?” – Ozlynn Dah Lama Simpan Niat Berhijab
“Sebenarnya niat nak pakai tudung itu sejak beberapa tahun dah. Memang terdetik, tapi pada masa sama saya selalu fikir nanti kalau pakai, mesti orang akan cakap ‘esok esok bukalah tu’.
“Suami selalu cakap, boleh tak kau fikir pasal diri kau sendiri dan jangan selalu fikir pasal orang? Saya cakap, tak apalah sebab saya nak rasa keajaiban daripada Allah itu, maknanya bangun pagi, rasa dah nak pakai,” katanya.
Menurut Ozlynn lagi, rezeki dijemput menjadi tetamu Allah adalah titik permulaan kepadanya untuk menutup aurat dan itu adalah ‘final call’ daripada Allah.
“Tapi, paling tidak pun saya cakap, penamatnya adalah apabila dapat panggilan daripada Allah untuk menunaikan haji. Sekali saya dah pergi haji, Insya-Allah saya tak akan tak bertudung.
“Insya-Allah, itu adalah penamatnya sebab pergi haji ini adalah Rukun Islam kelima dan maknanya, panggilan terakhir daripada Allah. Saya memang dah bersiap sedia dari semua aspek,” katanya.
Sementara itu, suaminya iaitu Johan meluahkan rasa bahagia dengan perubahan isterinya itu. Malah, Johan berkata dia tersentuh hati apabila isteri tercinta mengatakan auratnya kini hanyalah untuk dia sebagai suami.
“Sekarang, saya dah dapat wanita yang solat dan dia dah bertudung. Dia bertudung bukan pasal saya, tapi hidayah yang dia dapat. Sebab itu apabila dia solat, dia ada tempat mengadu, tempat mohon keampunan dan dia ada juga tempat untuk mendapat hidayah itu.
“Saya rasa Allah dah menjawab untuk bahagian saya dan menyentuh hati saya apabila dia cakap mulai saat ini, aurat dia hanya untuk saya. Jadi, itu sangat menyentuh hati saya,” katanya.
SUMBER: Harian Metro
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source