Isytihar 15 kg ganja sebagai sarang burung untuk jual di Eropah
SEPANG: Taktik seorang wanita warga tempatan dengan mengisytihar barang dibawa sebagai produk sarang burung gagal apabila dia ditahan kerana disyaki cuba menyeludup dadah.
Penolong Ketua Pengarah Zon Tengah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Norlela Ismail berkata, wanita berusia 39 tahun itu ditahan pegawai kastam cawangan pemeriksaan penumpang di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 2.15 pagi pada 4 Ogos lalu.
“Wanita tersebut menaiki sebuah pesawat syarikat penerbangan tempatan dari Bangkok, Thailand dan transit menuju ke destinasi di Eropah.
“Suspek ditahan susulan hasil pengimbasan ke atas bagasi dibawanya itu apabila didapati ada barangan larangan disyaki dadah berbahaya yang melibatkan 27 bungkusan lutsinar,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.
Norlela menambah, semasa pemeriksaan rapi dilakukan kemudian, suspek memberitahu pegawai JKDM bertugas bahawa dia hanya ditugaskan untuk membawa sarang burung.
Modus operandi wanita berkenaan ialah dengan menyembunyikan dadah tersebut dalam bagasi jenis aluminium dan diikrar sebagai sarang burung untuk mengaburi pihak berkuasa.
“Kita mengesyaki dia menjadi keldai dadah dan menghantar gumpalan bahan tumbuhan dalam bagasi dari luar negara untuk dijual ke negara ketiga,” jelasnya.
Ujian awal ke atas bahan berkenaan kata beliau, mendapati ia adalah dadah jenis ganja dengan berat kasar ialah 15.3017 kilogram dan anggaran nilai mencecah RM55,530.
Katanya, kes berkenaan masih disiasat di bawah Seksyen 39B91)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source